Sunday, July 1, 2012

Rumah Biru Johan..

Kejohanan Sukan smkbbs ke-22 telah berlangsung di padang sekolah pada 27 Jun 2012. Acara bermula dengan pertandingan perbarisan rumah sukan. Acara ini sungguh menarik dan menghiburkan. Acara padang bermula pada jam 10.00 pagi. Acara larian sekolah-sekolah jemputan menjadi penutup kejohanan kali ini. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi PIBG dan PPD Jempol/Jelebu, Puan Rodiah Md Jan. Acara tamat pada jam 1.15 tengah hari.
Johan perbarisan ialah Rumah Syahbandar (Hijau) dan Johan Tarik Tali ialah Rumah Laksamana (Kuning).  Naib Johan Rumah Sukan ialah Rumah Bendahara (Merah)  dan Johan ialah Rumah Temenggung (Biru).  Olahragawati Harapan ialah Siti Sarina Bain, sementara Olaharagawan Harapan ialah Mohd Syawal Farhan. Olahragawati Kejohanan dimenangi oleh Zuhaiton Nazalianiana dan Olahragawan Kejohanan ke-22 dimenangi oleh Mohd Zikri Zainudin.

 
 
 
 
 
 

Saturday, June 23, 2012

smkbbs... Walaupun Hari Sabtu..

Setiap hari Sabtu, walaupun sepatutnya bercuti, tetapi bengkel atau kelas tambahan untuk pelajar PMR dan SPM tetap diadakan. Kedatangan pelajar amat menggalakkan. Yang menarik, apabila masa kelas tambahan yang diadakan melebihi empat jam, yang pasti, jam 10, ada makanan disediakan. 
        Semoga pelajar dan guru tidak jemu-jemu untuk menghadiri program yang diatur. InsyaAllah, usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil.

[Nota : Tiada dalam gambar - Kelas Chemistry SPM seliaan Pn Khursiah]

Puan Suhaila - Bengkel Geografi PMR
En  Izuan - Bengkel Geografi PMR
 
 
Pn Ardini dan Cik Norazimah - Kelas Tambahan SPM BI dan P Akaun
Pelajar 5 Adil semasa rehat minum jam 10
Pn Wan Syarifah - Bengekel Geografi PMR di Dewan Bestari
 
 
Pelajar SPM ICT di makmal KDP
 

Tuesday, June 19, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan telah diadakan secara meriah pada 11 Jun 2012 di padang dan Dewan Bestari SMKBBS. Pelbagai acara telah diatur oleh badan pemimpin pelajar. Antara acara yang diadakan adalah pertandingan memasak bagi guru lelaki, makan tembikai bagi guru perempuan dan penyampaian anugerah kepada guru-guru dalam kategori tertentu yang telah dipilih secara undian oleh para pelajar. Anugerah kecemerlangan untuk SPM dan PMR juga telah diberikan kepada guru-guru yang telah berjaya meningkatkan GPMP subjek masing-masing. Selain itu para pelajar juga terlibat dalam membuat persembahan masing-masing. Tahniah kepada semua warga sekolah  kerana telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program tersebut.

'Guru Inovatif  Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'


Tuesday, May 29, 2012

Sambutan Hari Guru 16 Mei 2012

Sambutan hari guru bagi tahun ini dijalankan dengan sederhana dengan bacaan Yassin yang di ketuai oleh Ustaz Suhaimi,serta tayangan siaran langsung ucapan Timbalan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di RTM 1

Thursday, April 26, 2012

Latihan 1 Malaysia

Bertempat di Makmal EPU1 yang berwajah baru dengan kehadiran komputer HP baru, telah diadakan Kursus 1 Malaysia untuk pelajar. Kursus ini diselia dan dikendalikan oleh Pusat Jalur Lebar Komuniti dengan kerjasama PKG Bahau.



 
 


Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan