Tuesday, October 29, 2013

PROGRAM F1 SCHOOL CHALLENGER ZON SELATAN

PROGRAM F1 SCHOOL CHALLENGER ZON SELATAN
ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program Selepas PMR 2013
Seramai  48 orang perempuan dan 56 orang lelaki murid tingkatan 3, 2013 dengan berjalan kaki menuju destanasi  melihat rekaan  kereta F1, daripada sekolah yang terpilih dari Zon Selatan.  Mereka yang bertanding menunjukkan kepakaran mencipta kereta mengikut kekuatan, kelajuan, ketahan dan penjimatan bahan api .Pada hari tersebut belum ada pemenang kerana pertandingan masih dijalankan sehingga hari Rabu 23 Oktober 2013 yang perasmian penutup oleh Encik Khairy Jamaludin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan. 

KEJOHANAN SUKAN 1M1S PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI

 24 Oktober 2013 - SM Sukan Za'ba Kuala Pilah
  
      Pada 24 Oktober 2013 telah berlangsung kejohanan sukan 1M1S peringkat negeri di SSN SMK Zaaba dan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.Sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring 3 on 3, Bola Keranjang, balapan dan padang.
      Pertandingan dijalankan di SM Sukan Za’ba Kuala Pilah.SMK Bandar Baru Serting merupakan Johan Daerah Jempol dan Jelebu.Seramai 5 pemain dari tingkatan 1.Pasukan SMK Bandar Baru Serting mendapat tempat kedua (Naib Johan) dengan ketinggalan 4-5 dari pasukan Seremban.   Tahniah ! Semoga tahun hadapan menjuarai pertandingan ini

Monday, October 28, 2013

PERKEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM SMKBBS 2013

24-26 Oktober 2013 - Mak Lang Chalet Janda Baik Pahang
   Telah berlangsung dengan jayanya perkemahan perdana kokurikulum SMK Bandar Baru Serting Tahun 2013.

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

28 Oktober 2013 - Dewan Bestari SMKBBS
     Program Kem Membaca 1 Malaysia merupakan satu program diurus selia oleh BTPN dan READ 2013 anjuran Scholastic Malaysia.Program bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Thursday, October 24, 2013

PROGRAM KUNJUNG MESRA KECEMERLANGAN CALON SPM 2013

24 Oktober 2013 - Dewan Bestari SMKBBS
   Telah didakan Program Kunjung Mesra Kecemerlangan Calon SPM bagi tahun 2013 SMK Bandar Baru Serting,yang telah dihadiri oleh Timbalan PPD Jempol Jelebu En Anuar Bin Mat Isa.Beberapa amanat dan harapan PPD Jempol Jelebu telah disampaikan dalam ucapan beliau kepada calon-calon SPM tahun ini.Semoga berjaya kepada semua calon SPM SMK Bandar Baru Serting tahun 2013.

Wednesday, October 23, 2013

PROGRAM HI-TEA BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 5 2013

23 Oktober 2013 - Surau & Dewan Bestari SMKBBS
   Telah berlangsung Program Hi-Tea Bersama Pelajar T5 tahun 2013 yang akan menduduki Peperiksaan SPM tahun ini.hanya tinggal 13 hari lagi untuk berusaha,majlis telah bermula dengan solat hajat serta bacaan yassin dan solat asar serta diakhiri dengan jamuan.






Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan