Wednesday, July 18, 2012
Anugerah Guru Inovatif 2012
Sekalung tahniah kepada Cikgu Shaik Abdul Rahim B. Shaik Akbar telah menerima Anugerah Guru Inovatif Tahun 2012.Majlis telah berlangsung Perhimpunan Hari Guru Peringkat Daerah Jempol & Jelebu, 28 Jun 2012 di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol.Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Dato' Shamshulkahar Bin Mohd Deli ADUN Serting Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi.
Wednesday, July 11, 2012
SENAMROBIK SERENTAK 1M1S
10 Julai 2012 - Tepat jam 8.00pg, 591 orang pelajar berserta guru smkbbs telah bersama-sama 3,659,989 pelajar serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan menengah
di seluruh negara melakukan senamrobik dalam program Senamrobik
Serentak. Program ini disertai juga oleh Pegawai PPD Jempol/Jelebu, Pengetua smkbbs dan juga penolong kanan serta guru-guru kanan. Program berakhir pada jam 10.00 pagi.
'Stop Motion' - PTPL MSU
Pada 28 Jun 2012, pelajar-pelajar ICT tingkatan 4 dan beberapa ahli Briged Bestari telah diberi pendedahan tentang 'stop motion' yang banyak digunakan dalam pembuatan iklan di tv atau media lain. Kursus ini telah diberikan oleh tenaga pengajar fakulti multimedia PTPL Seremban. Kursus seperti ini ditawarkan oleh Kolej PTPL kepada pelajar lepasan SPM.
Para pelejar telah didedahkan tentang cara-cara penghasilan bahan yang kreatif, penggunaan kamera dan juga penggunaan perisian untuk menghasilkan movie. Pada akhir kursus, hasil kerja pelajar telah dipersembahkan.
Sunday, July 1, 2012
Rumah Biru Johan..
Kejohanan Sukan smkbbs ke-22 telah berlangsung di padang sekolah pada 27 Jun 2012. Acara bermula dengan pertandingan perbarisan rumah sukan. Acara ini sungguh menarik dan menghiburkan. Acara padang bermula pada jam 10.00 pagi. Acara larian sekolah-sekolah jemputan menjadi penutup kejohanan kali ini. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi PIBG dan PPD Jempol/Jelebu, Puan Rodiah Md Jan. Acara tamat pada jam 1.15 tengah hari.
Johan perbarisan ialah Rumah Syahbandar (Hijau) dan Johan Tarik Tali ialah Rumah Laksamana (Kuning). Naib Johan Rumah Sukan ialah Rumah Bendahara (Merah) dan Johan ialah Rumah Temenggung (Biru). Olahragawati Harapan ialah Siti Sarina Bain, sementara Olaharagawan Harapan ialah Mohd Syawal Farhan. Olahragawati Kejohanan dimenangi oleh Zuhaiton Nazalianiana dan Olahragawan Kejohanan ke-22 dimenangi oleh Mohd Zikri Zainudin.
Saturday, June 23, 2012
smkbbs... Walaupun Hari Sabtu..
Setiap hari Sabtu, walaupun sepatutnya bercuti, tetapi bengkel atau kelas tambahan untuk pelajar PMR dan SPM tetap diadakan. Kedatangan pelajar amat menggalakkan. Yang menarik, apabila masa kelas tambahan yang diadakan melebihi empat jam, yang pasti, jam 10, ada makanan disediakan.
Semoga pelajar dan guru tidak jemu-jemu untuk menghadiri program yang diatur. InsyaAllah, usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil.
[Nota : Tiada dalam gambar - Kelas Chemistry SPM seliaan Pn Khursiah]
| Puan Suhaila - Bengkel Geografi PMR |
| En Izuan - Bengkel Geografi PMR |
| Pn Ardini dan Cik Norazimah - Kelas Tambahan SPM BI dan P Akaun |
| Pelajar 5 Adil semasa rehat minum jam 10 |
| Pn Wan Syarifah - Bengekel Geografi PMR di Dewan Bestari |
| Pelajar SPM ICT di makmal KDP |
Tuesday, June 19, 2012
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Sambutan telah diadakan secara meriah pada 11 Jun 2012 di padang dan Dewan Bestari SMKBBS. Pelbagai acara telah diatur oleh badan pemimpin pelajar. Antara acara yang diadakan adalah pertandingan memasak bagi guru lelaki, makan tembikai bagi guru perempuan dan penyampaian anugerah kepada guru-guru dalam kategori tertentu yang telah dipilih secara undian oleh para pelajar. Anugerah kecemerlangan untuk SPM dan PMR juga telah diberikan kepada guru-guru yang telah berjaya meningkatkan GPMP subjek masing-masing. Selain itu para pelajar juga terlibat dalam membuat persembahan masing-masing. Tahniah kepada semua warga sekolah kerana telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program tersebut.
'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved




