Program Motivasi Calon PMR Siri 2 ini telah berlangsung pada 22 September 2012, Sabtu, bertempat di Homestay Kg Lonek, Batu Kikir, N. Sembilan. Matlamat program ini adalah untuk mengurangkan tekanan kepada calon PMR 2012 sebelum peperiksaan berlangsung. Pelbagai aktiviti diatur antaranya ialah aktiviti 'mengoca', F1 Kg Lonek, Tarik Upih dan boling kelapa. Refleksi Diri dan aktiviti kerohanian juga telah diadakan. Program ditamatkan pada jam 6.00 ptg. Adalah diharapkan para pelajar telah dapat mengurangkan stress. Harap-harap tiada pelajar yang gatal-gatal kulit akibat aktiviti mengoca!
Monday, September 24, 2012
Sunday, September 23, 2012
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan
Majlis telah berlangsung pada 19 September 2012 mulai jam 7.40 pagi. Program ini diadakan di Anjung Khadijah dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua smkbbs, Pn Norhayati Mat Noor. Dalam ucap utama, beliau mengajak semua pelajar menghargai dan mengekalkan nikmat kemerdekaan yang dikecapi sekarang.
Acara penyampaian hadiah untuk pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan, juga telah diadakan. Antaranya hiasan bilik terbaik, banner terbaik, permainan congkak dan lain-lain.
Acara kemuncak ialah Forum Kemerdekaan. Tetamu yang diundang ialah Tuan Hj Mat Som, mantan Pengetua SMK Seri Jempol. Melalui forum ini, beliau mengingatkan pelajar tentang erti kemerdekaan dan mengulas tentang kejatuhan pemimpin-pemimpin dunia Islam hasil peranan yang dimainkan oleh kuasa-kuasa asing. Majlis berakhir pada jam 9.20 pagi.
Thursday, August 30, 2012
Majlis Khatam Quran & Sambutan Hari Raya
Majlis tersebut telah berlangsung pada 29 Ogos 2012, bermula jam 11.00 pagi, bertempat di Dewan Bestari. Antara jemputan yang hadir ialah AJK PIBG smkbbs. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Lilah Hj Yasin, Ahli Parlimen Jempol. Majlis bermula dengan program Khatam Al Quran yang diwakili oleh wakil Pentadbir, Guru, Pekerja, Pekerja Swasta dan pelajar.
Antara inti pati ucapan YB Dato' Lilah ialah meminta semua pihak agar menjadikan Al Quran sebagai pegangan hidup. Membaca Al Quran pula perlu dijadikan amalan harian. Beliau juga menggesa semua pihak agar mengekalkan keharmonian serta keamanan hidup yang dikecapi sekarang. YB Dato' juga bersetuju membiayai majlis seumpama ini pada tahun hadapan. Terima kasih banyak-banyak Dato'..
Beliau juga telah sudi menyampaikan cenderahati kepada peserta Khatam Al Quran dan hadiah hari jadi kepada guru dan pelajar yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos. Majlis berakhir dengan jamuan hari raya.
Wednesday, July 18, 2012
Anugerah Guru Inovatif 2012
Sekalung tahniah kepada Cikgu Shaik Abdul Rahim B. Shaik Akbar telah menerima Anugerah Guru Inovatif Tahun 2012.Majlis telah berlangsung Perhimpunan Hari Guru Peringkat Daerah Jempol & Jelebu, 28 Jun 2012 di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol.Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Dato' Shamshulkahar Bin Mohd Deli ADUN Serting Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi.
Wednesday, July 11, 2012
SENAMROBIK SERENTAK 1M1S
10 Julai 2012 - Tepat jam 8.00pg, 591 orang pelajar berserta guru smkbbs telah bersama-sama 3,659,989 pelajar serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan menengah
di seluruh negara melakukan senamrobik dalam program Senamrobik
Serentak. Program ini disertai juga oleh Pegawai PPD Jempol/Jelebu, Pengetua smkbbs dan juga penolong kanan serta guru-guru kanan. Program berakhir pada jam 10.00 pagi.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved
















































