Semakin meriah pula program untuk pelajar selepas PMR. Di bawah pengelolaan dan penyeliaan Panitia Matematik, berlangsung beberapa aktiviti menarik. Antaranya Pertandingan Dart dan Penghasilan Layang-layang.
Pertandingan ini berjaya mencungkil dan menguji kemahiran pelajar dalam permainan dart dan juga membuat layang-layang. Layang-layang ini kemudian diuji untuk dinaikkan di padang sekolah. Tidak dapat dipastikan berapakah bilangan layang-layang yang dapat dinaikkan!
No comments :
Post a Comment