Sunday, February 19, 2012
Friday, February 3, 2012
'Sakit' Hati, Stress dan LDP1
Hati yang 'sakit' adalah punca stress. Itulah pernyataan yang diungkapkan oleh penceramah jemputan LDP Siri 1, Ustazah Nik Norsaha Hj Nik Mohammad dari SMK Syed Idrus, Tampin. Selain bertugas sebagai guru, beliau juga merupakan AJK Biro Dakwah (ISMA), Pasukan Sukarelawan Pendakwah, Guru Takmir dan Panel Negeri fm.
LDP 1 yang telah berlangsung pada 28 Jan 2012 lalu membawakan tajuk 'Mengurus Stress'. Menurut beliau, bagi merawat hati yang 'sakit' maka apa yang perlu dibuat adalah kembali kepada agama iaitu sentiasa berlapang dada dengan segala perkara, sentiasa berfikiran positif, bersyukur dan redha dengan nikmat dan musibah yang diterima serta patuh ajaran agama.
Sesi ceramah ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.![]() |
Penyampaian cendera mata oleh Pengetua |
![]() |
Ustazah Nik Norsaha sedang menyampaikan ceramah |
Kejohanan Badminton MSSM Daerah Jempol 2012
Pada 1 dan 2 Februari 2012, bertempat di Kompleks Sukan Felda Palong 6 telah berlangsung Kejohanan Badminton Daerah Jempol. SMKBBS telah turut serta dalam kejohanan ini. Tahniah kepada dua pasukan beregu sekolah yang telah menjadi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Kepada pemain yang tewas, berusaha lagi untuk membina kejayaan. Anda semua 'boleh' bermain tetapi masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Variasi, teknik dan daya juang masih berada di tahap lemah. Permainan ini memerlukan ketangkasan, tenaga yang kental dan paling penting kepintaran. Tahniah sekali lagi kepada pemain beregu yang telah mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada pengurus pasukan dan jurulatih yang bertungkus-lumus melatih dan mengurus pasukan ini. Kepada yang tewas, cuba lagi..
Johan Beregu Campuran - 'Amoi' dan Ajim |
Naib Johan Beregu Perempuan Bawah 15 - Farisya dan Aton |
Kejohanan Merentas Desa MSSM Daerah Jempol 2012
Tahniah sekali lagi kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut. 2 piala pusingan telah berjaya dibawa pulang iaitu untuk Johan Kategori 15 Lelaki dan Johan Kategori 15 Perempuan. Nor Farisha Abd Karim telah berjaya menjadi Johan Perempuan 15. Pertandingan Peringkat Negeri akan di SMK Jelai (F) pada 9 Februari nanti. Semoga anda semua berjaya. Tahniah juga kepada guru-guru pembimbing dan juru latih yang sama-sama membantu mencipta kejayaan.
![]() |
5 daripada 6 pelajar dengan piala kemenangan. Nor Farisha (2 kanan) |
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved