Hati yang 'sakit' adalah punca stress. Itulah pernyataan yang diungkapkan oleh penceramah jemputan LDP Siri 1, Ustazah Nik Norsaha Hj Nik Mohammad dari SMK Syed Idrus, Tampin. Selain bertugas sebagai guru, beliau juga merupakan AJK Biro Dakwah (ISMA), Pasukan Sukarelawan Pendakwah, Guru Takmir dan Panel Negeri fm.
LDP 1 yang telah berlangsung pada 28 Jan 2012 lalu membawakan tajuk 'Mengurus Stress'. Menurut beliau, bagi merawat hati yang 'sakit' maka apa yang perlu dibuat adalah kembali kepada agama iaitu sentiasa berlapang dada dengan segala perkara, sentiasa berfikiran positif, bersyukur dan redha dengan nikmat dan musibah yang diterima serta patuh ajaran agama.
Sesi ceramah ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.Penyampaian cendera mata oleh Pengetua |
Ustazah Nik Norsaha sedang menyampaikan ceramah |
No comments :
Post a Comment