Friday, February 3, 2012

Kejohanan Badminton MSSM Daerah Jempol 2012

Pada 1 dan 2 Februari 2012, bertempat di Kompleks Sukan Felda Palong 6 telah berlangsung Kejohanan Badminton Daerah Jempol. SMKBBS telah turut serta dalam kejohanan ini. Tahniah kepada dua pasukan beregu sekolah yang telah menjadi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Kepada pemain yang tewas, berusaha lagi untuk membina kejayaan. Anda semua 'boleh' bermain tetapi masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Variasi, teknik dan daya juang masih berada di tahap lemah. Permainan ini memerlukan ketangkasan, tenaga yang kental dan paling penting kepintaran. Tahniah sekali lagi kepada pemain beregu yang telah mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada pengurus pasukan dan jurulatih yang bertungkus-lumus melatih dan mengurus pasukan ini. Kepada yang tewas, cuba lagi..

Johan Beregu Campuran - 'Amoi' dan Ajim
Naib Johan Beregu Perempuan  Bawah 15 - Farisya dan Aton

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan