Hari Kantin SMKBBS yang diadakan pada 10 November 2010, berlangsung dalam suasana meriah dan ceria. Dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang dapat menjadi contoh kepada pelajar lain dari aspek disiplin diri, jujur, dan bijak menguruskan masa, Hari Kantin dilihat dapat juga melahirkan sikap bekerjasama dengan ahli sepasukan. Hal ini ternyata mencapai matlamat apabila sejak awal-awal lagi setiap kumpulan yang berniaga sudah mula bertungkus-lumus untuk menyediakan aneka jenis jualan.
|
Bersedia untuk memulakan jualan |
|
Pengunjung sabar menunggu giliran |
Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi. Selain aktiviti jualan, program ini juga menjemput Jabatan Kesihatan untuk turut serta memberi ceramah berkaitan penjagaan kesihatan. Program bermula dengan Kempen Kebersihan Gigi yang berlangsung di Dewan Bestari.
Pakar Pergigian Kanak-kanak, Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah , Dr Norzaini telah menyampaikan ceramah berkaitan penjagaan gigi. Dr Noraliza dari Klinik Pergigian Jempol pula mengetuai Program Gosok Gigi Perdana.
Selain itu, Jabatan Kesihatan juga telah mengadakan pemeriksaan kesihatan 'pap smear' dan pemeriksaan kendiri payu dara percuma bertempat di Kafe Biduanda.
|
Dr Norzaini, Pakar Pergigian Kanak-kanak sedang menyampaikan ceramah |
|
Pelajar tekun mendengar ceramah |
|
Jururawat pergigian bersedia beraksi untuk Program Gosok Gigi Berirama |
Pertandingan Mewarna khusus untuk pelajar dari tadika berhampiran juga mendapat sambutan yang menggalakkkan. Pelajar cilik ini ditemani oleh guru-guru dan ibu bapa masing-masing. Suasana di Dewan Lama ini meriah dengan kelitah pelajar-pelajar ini.
|
Ibu bapa sabar menunggu pertandingan mewarna selesai |
|
Kanak-kanak Tadika dengan pelbagai aksi |
|
|
|
Bersesak-sesak di Rumah Hantu & Kota Sesat |
Program Hari Kantin ini berakhir pada jam 1.30 tengahari. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga pada 2011 nanti, program ini akan bertambah meriah, dan gerai jualan pula semakin meningkat.
No comments :
Post a Comment