Friday, May 9, 2014

25TH INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) 2014

8-10 Mei 2014 - KLCC

    25th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2014 anjuran Malaysian Innovation & Design Society (MINDS). ITEX merupakan platform terkemuka bg perekacipta dalam mahu pun luar negara dan kajian sains untuk memperkenalkan produk rekacipta dan inovasi kepada komuniti perniagaan dan pengkormesialan rekacipta yang unik. ITEX merupakan acara tahunan MINDS sejak 1989, yang menarik perekacipta dengan rekacipta dan inovasi yang terkini dari Universiti, Institusi kajian, individu-individu, perekacipta muda, syarikat korporat dari Malaysia, Asia dan Eropah.Bagi pelajar sekolah terdapat 2 kategori iaitu Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) dan Asian Young Inventors Exhibition (AYIE). Kita berbangga kerana SMKBBS satu-satunya sekolah yang menghantar 4 idea inovasi di pameran ini.Terima kasih bantuan yang diterima daripada En. Azalan, Unit Media dan Inovasi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan, Puan Aminah dan staf Pusat Kegiatan Guru Bahau, En.Tajudin PIBG,YB. DATO Syamsyulkahar ADUN SERTING, Pn.Norhayati Mat Nor Tn.Pengetua, Pn. Azizah Bt. Radzali Guru Sains yang telah banyak membantu menambah baik idea para pelajar serta memberi sumbangan untuk pelajar ini terlibat dalam pameran ini.

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan