SMK Bandar Baru Serting bukanlah sebuah sekolah khas. Pencapaian akademik asal pelajar adalah normal. Ada yang bijak dan ada yang lemah, hatta ada juga juga yang lemah menulis dan membaca.
Di sini, guru-guru melayan pelajar sama rata. Yang bijak diberi pengukuhan, yang lemah dibimbing. Pelbagai program diatur untuk mereka mencipta kecemerlangan. Yang ingin berjaya, dibantu dan disokong. Yang lemah, dibimbing untuk mendapat yang lebih baik.
Paparan Banner - "Kami Memburu Kecemerlangan" |
Keputusan PMR 2010 menunjukkan apa yang dibuat oleh guru-guru sekolah ini adalah betul dan tepat. Sekolah harian biasa ini terbukti mampu melahirkan 8 orang pelajar 8 A, sementara 10 orang mendapat 7A. Bukanlah sesuatu yang aneh, apabila SMKBBS mampu mengekalkan kecemerlangan pelajar-pelajarnya.
Wajah-wajah Ceria Pelajar 8A PMR 2010- Mereka Mampu Mencipta Nama Dan Kecemerlangan |
Pelajar 7A bersama ibu bapa |
Kepada pelajar yang berada di sekolah ini, teruskanlah usaha-usaha anda. Tidak perlu lagi tercari-cari sekolah yang lain, kerana anda telah berada di tempat yang betul. Kepada pelajar yang lain, jika anda merasa anda ingin mencipta kecemerlangan bersama kami, datanglah ke sini. Kami akan membantu anda mencipta kecemerlangan
Pintu SMKBBS sentiasa terbuka untuk semua pelajar mencipta kejayaan |
No comments :
Post a Comment