Saturday, February 26, 2011

LaDap 2 Santai bersama Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim

Penceramah Undangan : Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim
26 Februari 2011 - Seronok, terkedu, tersentak dan masih ingin mendengar ceramah (cerita) dari Prof. Bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi,  majlis Ladap ini diisi dengan ceramah daripada tetamu undangan, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim dari Uitm Segamat. Macam sekejap sahaja masa berlalu. Ada yang sebak, ada yang merah mata, ada yang menangis sebaik sahaja Prof mengimbau lipatan sejarah silamnya. Dalam asyik mendengar, ada yang melihat diri sendiri, mengimbau masa lampau dan berkata kepada diri sendiri..

Ada yang sebak, ada yang menangis...
        'Integriti dalam pendidikan'. Itu tajuk asal. Tiada teori, tiada analisa, tiada catatan. Semuanya berfokus pada penceritaan yang bersahaja. Bercerita tentang pengalaman hidup, dan iktibar daripadanya. Apa yang didengar tidak dapat digambar dengan kata-kata. Yang datang mendengar sahaja yang dapat merasai..
       'Integriti dalam pendidikan'? Integriti pada diri sendiri dahulu. Siapa kita, kenapa kita dihidupkan dan apa yang sudah kita lakukan? Itulah integriti.. Rumusannya,  menarik, menginsafkan dan bermanfaat. Buah tangan yang ditinggalkan oleh penulis buku 'Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman' yang sudah terjual hampir 40 000 naskah ini amat bermakna. Selain menulis, beliau juga menjadi tetamu di TV1, TV3, TV9, ASTRO dan Radio IKIM.

Professor Perakaunan sedang 'berceramah'
      Terakhir dalam ceramah beliau ialah kupasan  tentang ayat 56 surah Adh-Dhariyat, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. Sama-samalah kita mengambil iktibar ..
        Untuk terus menghayati buah fikiran beliau, layarilah  http://muhdkamil.org.
        Terima kasih banyak-banyak Prof. Didoakan semoga Prof sihat walafiat dan dapat terus menabur bakti..

Guru-guru tekun mendengar Prof membuat rumusan
"Orang berbudi kita berbahasa"

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan