Sebagai memenuhi aktiviti kokurikulum, satu pertandingan memasak antara unit-unit beruniform telah diadakan pada jam 3 ptg, 23 Mac 2011. Bertempat di tepi padang sekolah, semua unit yang terlibat telah bersedia untuk memasak nasi, telur, dan sardin untuk dpertandingkan
Pelbagai gelagat menarik yang berlaku. Ada unit yang terkial-kial untuk menghidupkan api kerana angin bertiup kuat. Ada yang terlebih garam. Ada yang tawar. Dan ramai juga yang kelihatannya hanya menjadi penonton, sedangkan rakan-rakan lain, merah dan pedih mata kerana terkena asap. Setakat ini tidak diketahui unit manakah yang menjadi juara..
 |
| Api tak hidup.. terpaksa dapatkan khidmat luar! |
 |
| Sama-sama memasak sardin |
 |
| Penonton lebih ramai.. |
 |
| Masak telur sebiji, riuh sekampung! |
 |
| Berchit chat sambil menunggu nasi masak |
 |
| Ada tukang masak jemputan ? |
 |
| Nampak macam sedaplahkan! |