Sebagai memenuhi aktiviti kokurikulum, satu pertandingan memasak antara unit-unit beruniform telah diadakan pada jam 3 ptg, 23 Mac 2011. Bertempat di tepi padang sekolah, semua unit yang terlibat telah bersedia untuk memasak nasi, telur, dan sardin untuk dpertandingkan
Pelbagai gelagat menarik yang berlaku. Ada unit yang terkial-kial untuk menghidupkan api kerana angin bertiup kuat. Ada yang terlebih garam. Ada yang tawar. Dan ramai juga yang kelihatannya hanya menjadi penonton, sedangkan rakan-rakan lain, merah dan pedih mata kerana terkena asap. Setakat ini tidak diketahui unit manakah yang menjadi juara..
|
Api tak hidup.. terpaksa dapatkan khidmat luar! |
|
Sama-sama memasak sardin |
|
Penonton lebih ramai.. |
|
Masak telur sebiji, riuh sekampung! |
|
Berchit chat sambil menunggu nasi masak |
|
Ada tukang masak jemputan ? |
|
Nampak macam sedaplahkan! |
No comments :
Post a Comment