Monday, May 23, 2011

Ladap 4 - SKPM 2010

Latihan dalam perkhidmatan (ladap) 4 bertajuk SKPM 2010 berfokuskan Standard 4 pembelajaran dan pengajaran telah diadakan pada hari Sabtu, 21 Mei 2011. Penceramah jemputan iaitu Tn Hj Mohd Ibrahim Musa yang merupakan individu yang terlibat terus dengan SKPM 2010 , telah diundang untuk memberi input berguna kepada guru-guru sekolah ini. Majlis bermula pada jam 8 pag.
Sesi ladap ini dibahagikan kepada dua iaitu sesi 1 iaitu penerangan tentang Standard 4 yang meliputi penglibatan murid, penguasaan pembelajaran murid, hasil kerja murid, perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan, penilaian, teknik penyoalan, penguasaan isi kandungan, pengurusan kelas dan amalan profesionalisme keguruan.

Tn Hj Mohd Ibrahim Musa sedang menyampaikan input


Sesi kedua pula bersambung pada jam 11 pagi. Dalam sesi ini guru-guru telah dibimbing dengan contoh-contoh aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Sesi penerangan dan soal jawab juga berlangsung dalam slot dua ini. Sesi ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari.

Apabila guru menjadi murid...
Aktiviti berpasangan, pencatat dan penyampai maklumat..
Mencatat maklumat yang diperolehi
Sesi penerangan selepas aktiviti
Bergerak untuk mendapatkan info..
Mendengar arahan dengan teliti dari guru...
Sesi menyatukan idea ...
Dah siap buat latihan?
Sesungguhnya ladap kali ini banyak membantu guru dalam meningkatkan amalan profesionalisme keguruan terutama dalam  meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan