Wednesday, June 15, 2011

Majlis Penghargaan Kecemerlangan SPM 2010

Pada 14 Jun 2011, Selasa, jam 9.00 pagi, berlangsung Majlis Penghargaan Kecemerlangan SPM 2010. Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak. Rombongan beliau diiringi oleh lain-lain pegawai JPNS. Puan Rodiah Md Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol/Jelebu turut hadir dalam majlis ini.

Tuan Pengarah diapit oleh Pegawai Pelajaran Daerah dan Pengetua
Tuan Pengarah sedang menyampaikan ucapan
        Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan JPNS atas  kejayaan  sekolah ini dalam peperiksaan SPM 2010 yang lalu. Dalam ucapan beliau, Tuan Pengarah Pelajaran telah meminta agar kejayaan yang dicapai pada tahun lepas dapat dipertingkatkan lagi. Beliau juga mengucapkan tahniah dan berharap guru-guru dan pelajar terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencipta kejayaan. Beliau mengingatkan pelajar SPM tahun ini agar telah awal-awal lagi menetapkan hala tuju mereka masing-masing. Dengan hala tuju yang jelas maka matlamat untuk mencipta kejayaan akan mudah dicapai.

Tuan Pengetua menerima Sijil dan Plak Kecemerlangan SPM 2010
        Dalam majlis ini, beliau telah menyampaikan Sijil dan Plak Kecemerlangan SPM 2010 dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan kepada Tuan Pengetua SMK Bandar Baru Serting, Puan Norhayati Mat Nor. Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi.

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan