Pada 21 Jun 2011, seramai 130 pelajar telah dipilih untuk menghadiri program ceramah kesihatan yang berlangsung di Dewan Bestari. Program bermula seawal jam 8.30 pagi. Program ini diisi dengan ceramah dari Pusat Kesihatan Jempol. Objektif program ini ialah untuk memberi maklumat berkaitan kesihatan dan cara-cara penjagaan kesihatan yang baik kepada pelajar. Pelajar yang dipilih kemudian diharap dapat menyebarluaskan maklumat yang diperolehi kepada rakan dan ahli keluarga masing-masing. Ceramah yang disampaikan meliputi beberapa tajuk antaranya penyakit TB dan Kusta, HIV/AIDS/STI, serta Pemakanan dan amalan makanan. Ceramah berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Jempol kerana sudi berkongsi ilmu.
|
Cik Norkazimah bercerita tentang penyakit TB dan kusta |
|
Penerangan tentang HIV, AIDS, STI |
|
Pelajar tekun mendengar |
No comments :
Post a Comment