Pada 18 Jun 2011, seramai 154 pelajar tingkatan 3 sekolah ini telah menghadiri Program Perkampungan Ilmu yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program bermula jam 7.00 pagi ini berkahir pada jam 5.30 petang.
Objektif program ini ialah untuk memotivasikan pelajar agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi tidak lama lagi. Pelajar telah melalui pelbagai aktiviti yang diatur sepanjang program ini. Antara pengisian program ini ialah ketahanan mental dan fizikal, disiplin diri, dan juga aktiviti kerohanian. Sesungguhnya ketahanan fizikal dan mental, disiplin diri yang teguh serta kekuatan rohani terutama dalam aspek keagamaan, adalah langkah awal bagi menjamin kejayaan cemerlang di dalam pelajaran.
Kepada pelajar yang lain, anda juga tentunya akan melalui pengalaman ini di masa akan datang.
Sesi pendaftaran |
Peserta mendengar taklimat |
Bertugas dengan penuh dedikasi walaupun di hujung minggu |
Aktiviti pagi - memanaskan badan |
Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat |
Mendengar taklimat sebelum memanjat |
Bersedia untuk memanjat tembok |
Tingginya,, tentu terasa gayat |
Antara peserta yang berjaya memanjat tembok |
No comments :
Post a Comment