"Selamat Datang. 
Hadirmu Kusambut 
Dengan Penuh Harapan 
Semoga Pulangmu Nanti 
Dengan Kejayaan."
Kepada Semua Yang Lahir Dalam Bulan Januari Selamat Hari Lahir Semoga Dipanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki, Dipermudahkan Segala Urusan  Juga Diberikan  Kesihatan Yang Baik.  Insyaallah.
ALU-ALUAN KEHADIRAN DAN  SAMBUTAN  HARI  LAHIR BULAN JANUARI
           2 Januari 2014 bersamaan dengan hari Khamis merupakan hari pertama persekolahan.  Pihak sekolah amat berbangga dengan kahadiran semua warga SMK Bandar Baru Serting.  Pada wajah anak-anak pelajar dan guru-guru terukir wajah ceria.  Bagi menambahkan keceriaan dan kegembiraan pada hari pertama ini seperti lazimnya perhimpunan rasmi diadakan seawal 7.15 pagi,   satu majlis mengalu-alukan kehadiran pelajar telah diadakan.  Seramai 25 nama anak pelajar telah bertuah dari tingkatan 1 hingga 5 daripada kurang lebih 700 anak pelajar yang hadir.  Di samping itu tidak ketinggalan majlis ini  diserikan pemotongan kek dan penyampaian cenderahati  sempena  penghargaan hari lahir anak-anak pelajar dan guru-guru  yang hari lahirnya pada bulan Januari.  Seramai 46 orang anak pelajar dan 6 guru yang diraikan pada majlis ini.  
 
No comments :
Post a Comment