Hari Anugerah Ko-Kurikulum dan HEM telah berlangsung pada 12 November 2010. Hari anugerah ini diadakan untuk mengiktiraf sumbangan pelajar dalam mengharumkan nama baik sekolah dalam bidang ko -kurilum.
Di samping itu, pelajar bersahsiah dan berpekerti mulia juga mendapat anugerah. Anugerah Kecemerlangan Sahsiah meliputi Kehadiran Penuh 2010, Kehadiran Penuh Program 'Puteriku Sayang', Kelas Ceria & Bersih Sepanjang Tahun, Anugerah Ketua Pengawas, Anugerah Nilam, Anugerah Pustakawan, dan Anugerah Khas HEM.
Anugerah Kecemerlangan Ko- Kurikulum pula terbahagi kepada Anugerah Wirawan, Wirawati, Anugerah Perak, Anugerah Gangsa, Anugerah Sukan Permainan dan Anugerah Pasukan Unit Beruniform.
Tuan Pengetua, En Abd Halim Md Yunus, melalui ucapan beliau, mengingatkan tentang betapa perlunya pelajar memiliki tiga kekuatan, iaitu cemerlang dalam kurikulum, cemerlang dalam ko-kurikulum dan bersahsiah mulia. Beliau menambah, SMKBBS sentiasa berada di hadapan sekolah-sekolah lain dalam bidang-bidang berkaitan. Beliau memuji kesediaan pelajar dan guru untuk sentiasa cemerlang dalam semua bidang.
|
Tuan Pengetua memberi ucapan |
|
Anugerah Wirawan - Abdul Hakim Md Isa |
|
Anugerah Wirawati - Siti Nur Hanim Abd Rashid |
|
Anugerah Ketua Pengawas Lelaki - Nas Mustaqim Walad Bin Ahmad |
|
Anugerah Ketua Pengawas Perempuan - Nurul Nadhirah Ibrahim |
|
Anugerah Nilam - Nur Diyana Mahzan |
|
Anugerah Pustakawan - Nur Shahira Abdul Rahman |
|
Anugerah Khas HEM- Solehatun Nisa Hasnan |
|
Anugerah Khas HEM - Ismail Katan |
|
Pasukan Unit Beruniform Terbaik - Bulan Sabit Merah |
Anugerah Kehadiran Penuh 'Puteriku Sayang' diungguli oleh Tingkatan 5 Abrar dan 2 Abrar. Sementara Anugerah Kelas Ceria dan Bersih Sepanjang Tahun dijuarai oleh Tingkatan 2 Adil, 4 Adil, dan 5 Abrar.
Anugerah Perak (Kecemerlangan Ko-kurikulum) diberikan kepada Farah Aqilah Zainor, Zuhira Nordin, Arifah Abd Rahman, Mohd Fekrey Paimin dan Solehatun Nisa Hasnan.
Kelab Sukan dan Permainan terbaik 2010 dimenangi oleh Kelab Olahraga.
Tahniah kepada semua pemenang. Kepada pelajar yang lain, selamat berusaha untuk mencipta nama pada tahun 2011.