Yang mana betul? Kendi atau Kundi.
Menurut Kamus Dewan, kendi adalah bekas membawa air. Kundi pula adalah buah saga yang berbintik-bintik, atau dengan kata lain kurik. Pantun ini merujuk kepada buah saga iaitu buah saga yang berwarna merah dan juga buah saga yang berbintik-bintik. Jadi yang mana betul, kendi atau kundi? Mungkinkah pantun tersebut berbunyi:
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
ATAU seperti yang biasa ditulis...
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga...
Ada guru bahasa yang boleh membuat pembetulan?
Menurut Kamus Dewan, kendi adalah bekas membawa air. Kundi pula adalah buah saga yang berbintik-bintik, atau dengan kata lain kurik. Pantun ini merujuk kepada buah saga iaitu buah saga yang berwarna merah dan juga buah saga yang berbintik-bintik. Jadi yang mana betul, kendi atau kundi? Mungkinkah pantun tersebut berbunyi:
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
ATAU seperti yang biasa ditulis...
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga...
Ada guru bahasa yang boleh membuat pembetulan?
Kundi ialah buah saga yang belum matang. Ada bintik hitam.
ReplyDeleteBila dah matang, ia menjadi merah tanpa bintik.
Betul tu
DeleteJadi, yang tercantik
ReplyDeleteYang merah saga
Yang kurik kundi
Yang indah bahasa
Yang baik budi
Kadang2 ada yg tulis, "Yang korek itu kendi". Lagi kelakar kan?
ReplyDeletePantun yg tuan tulis tu dah betul.
Memang sukar utk memahami dan menentukan yg mana betul pada pembayang tersebut. Apa itu kurik? Apa itu kundi? Cikgu pun tak berapa tahu yg mana betul kecuali guru yg mengajar BM.
Namun, zaman sekarang amat mudah mencari maklumat dgn adanya internet.
Cikgu kena banyak resource...bila jadi cikgu mmg kena rajin..yg tak jadi cikgupun insya Allah kena memartabatkan bahasa kita..
ReplyDeletePantun yang betul: Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Pembayang: kundi dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga 2002: hal 730 menjelaskan makna kundi sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas (beratnya 1/24 mas), kenderi. Kaitan buah saga dengan kundi adalah jelas bukannya kendi tempat menyumpan air. Dr Amindudin Mansor@Ami Masra,PhD UKM,pengkaji bahasa dan sastera Melayu. Terima kasih.
ReplyDeleteRalat: menyimpan air
ReplyDeletePenjelasan: Maksud kurik ada bintik-bintik, rintik-rintik. Kamus Dewan Edisi Ketiga 2002: hal 735. Penulispernah melihat buah ini sekitar tahun 1957 lagi sebelum merdeka.
ReplyDeleteTerima kasih biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Kurik dan Merah itu warna, kami di pedalaman perak memahami warna kurik menyerupai warna buah gorek, warna kendi aluminium yg lusuh dan warna kulit Anak2 kg yg suka main di sawah. Sedangkan buah saga 75% adalah berwarna merah... Dan jika kita cari dlm Google buah kundi, kita takkan jumpa pun.
ReplyDelete