Warga SMK Bandar Baru Serting telah turut sama menjayakan Larian 1M 1S pada 2 Julai 2011. Semua warga sekolah telah mula berhimpun di Dewan Bestari seawal jam 6.45 pagi untuk sesi pendaftaran. Setelah pendaftaran, larian sejauh 2 kilometer telah dimulakan pada jam 7.45 pagi.
 |
Sesi pendaftaran |
 |
Penggerak utama program, Cikgu Khairulsham Noh |
 |
Pendaftaran guru |
 |
Sesi memanaskan badan |
 |
Tuan Pengetua turut serta dalam program |
Selepas berehat, sesi persekolahan pada hari tersebut diteruskan dengan aktiviti penerangan dan demonstrasi asas-asas pertolongan cemas yang dikendalikan oleh Cikgu Shaik Abdul Rahim. Pelajar telah diberi taklimat dan tunjuk cara pertolongan cemas.
 |
Cikgu Shaik, peneraju utama asas pertolongan cemas |
Majlis ini diakhiri dengan aktiviti cabutan nombor bertuah berdasarkan nombor yang diberikan kepada pelajar semasa larian. Majlis berakhir pada jam 12.45 tengah hari.
No comments :
Post a Comment