Friday, July 1, 2011

Hari Bertemu Pelanggan

Hari bertemu pelanggan telah berlangsung pada hari Khamis, 29 Jun 2011, bermula jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00 petang. Ramai ibu bapa yang hadir untuk mengambil laporan prestasi pelajaran anak-anak mereka. Perjumpaan tiga penjuru ini menemukan guru tingkatan, guru subjek, pelajar dan ibu bapa secara langsung. Objektifnya mudah difahami iaitu untuk mencari kekuatan yang ada di samping mencari jalan penyelesaian bersama-sama demi meningkatkan prestasi pelajaran pelajar. Dalam mengejar kecemerlangan, peranan ke tiga-tiga pihak amat perlu. Oleh itu adalah diharapkan, hari bertemu pelanggan ini akan membuahkan hasil seperti mana yang diharap-harapkan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan SMK bandar Baru Serting adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Copyright © 2016 Portal Rasmi SMK Bandar Baru Serting.Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengetua SMK Bandar Baru Serting.

All Rights Reserved

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan